DDEC BUKA CAWANGAN BAHARU DI JB

This slideshow requires JavaScript.

Johor Bahru, 12 Oktober – Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) subsidiari MARA terus memperkasakan peranannya dalam memberi kemudahan keusahawanan melalui pembukaan pejabat dan Galeri DDEC Zon Selatan di sini hari ini.

Menurut Pengerusi DDEC, Dato’ Hasbullah Osman, dengan adanya penjabat dan galeri baru ini, para usahawan akan mendapat manfaat yang lebih besar yangmana mereka secara terus boleh berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembungkusan, penjenamaan dan reka bentuk daripada pegawai-pegawai DDEC.

“DDEC sentiasa berusaha membantu para usahawan terutamanya Bumiputera dalam aspek promosi produk mereka di samping kami menyediakan program dan kursus yang berkaitan dengan reka bentuk dan penjenamaan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat dan galeri tersebut.

Majlis turut dihadiri Pengarah Pelaburan dan Subsidiari MARA, Mohd Diah Abas, Pengarah MARA Negeri Johor, Teh Arfah Kamarul Zaman, Ahli Lembaga Pengarah DDEC serta wakil dari agensi-agensi berkaitan keusahawanan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.