Pengiktirafan Kepada Pelajar Cemerlang Kokurikulum

Majlis Anugerah Kecemerlangan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping 2016

Ahli Majlis MARA, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping 2016

Taiping, 14 Oktober – Seramai 116 finalis telah disenarai pendek sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping 2016 di bawah empat kategori iaitu Anugerah Khas Kokurikulum, Anugerah Kokurikulum Cemerlang, Anugerah Tokoh Kokurikulum serta Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang.

Majlis ini bertujuan sebagai platform penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang komited, cemerlang serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Musa Sheikh Fadzir di sini hari ini.

Sementara itu, kecemerlangan dalam akademik serta aktif dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa melayakkan Khairul Ikhwan Mohd Firdaus Hafiz Chan diangkat sebagai Tokoh Kokurikulum MRSM Taiping 2016.

Malah, beliau turut aktif dalam aktiviti Pengakap Diraja, Ko Akademik di samping mempunyai semangat kepimpinan dengan sahsiah peribadi yang tinggi.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PEMENANG!

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.