MODAL INSAN BERKUALITI FOKUS UTAMA KERAJAAN

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama warga KKTM Kuantan komuniti setempat. - Foto oleh Hafiz Rodzi KKTM Kuantan

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama warga KKTM Kuantan serta komuniti setempat. – Foto oleh Hafiz Rodzi KKTM Kuantan

Kuantan, 14 Oktober – Kerajaan akan meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran serta memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara tumpuan utama adalah mentransformasikan Technical Vocational Education and Training (TVET) dalam memenuhi permintaan industri di samping memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat melalui kemahiran.

“Ke arah mencapai hasrat menjadi negara maju, kita memerlukan sekurang-kurangnya 60% tenaga kerja mahir di dalam pelbagai bidang TVET, justeru MARA selaku agensi KKLW perlu memainkan peranan utama dalam merealisasikan hasrat ini,” katanya.

Jelasnya lagi, sepanjang 50 tahun penubuhannya, MARA sememang telah terbukti berjaya memainkan peranannya apabila menyumbang kepada 30% guna tenaga kerja negara,” katanya lagi.

“MARA merupakan pelopor pendidikan TVET di negara ini bermula dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) di Melaka pada 1968 malah terus terkehadapan dan berinovasi dalam mengarusperdanakan pendidikan ini,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, antaranya usaha tersebut adalah memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan industri di samping meletakkan elemen keusahawanan sebagai teras utama dalam memenuhi tuntutan industri dan pembangunan ekonomi negara.

“Oleh itu, saya amat yakin dengan pengalaman serta kecekapan pegawai-pegawai MARA, pendidikan TVET ini akan menyumbang ke arah matlamat pemerkasaan Bumiputera melalui penerokaan peluang dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (Kuantan) di sini hari ini.

Turut hadir ke majlis adalah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar, Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Azizan Sidin serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

dsc03496

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.