SMART KHALIFAH BOOT CAMP 2.0 KETENGAH PROGRAM ISLAMIK DAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

smart-khalif-01-1

 

Kuala Lumpur, 13 Oktober – MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd. (MEX) akan menganjurkan program cuti sekolah “Smart Khalifah Boot Camp 2.0” pada 5 – 7 Disember 2016 di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baru, Selangor yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dalam menguasai ilmu fardhu ain dan Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Program yang disasarkan kepada pelajar yang berada di dalam lingkungan umur 10 tahun hingga 17 tahun, akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti khusus yang memenuhi aspek intelektual, emosional dan spiritual para peserta.

Aktiviti-aktiviti ini termasuklah penguasaan Bahasa Inggeris berkesan, pendedahan kepada solat yang betul, pemantapan diri peserta melalui motivasi kendiri dan banyak lagi.

Peserta yang berminat akan dikenakan kadar yuran penyertaan sebanyak RM299.00 seorang. Peserta yang mendaftar sebelum 6 November akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM259.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai program “Smart Khalifah Boot Camp 2.0” anjuran MEX, sila hubungi Cik Nurra Binti Mahadi atau En. Mohd. Firdaus Bin Suhaimi di talian 03-2602 3888 / 3999.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.