Para pemenang Selfie Merdeka MARA 2016 diraikan

penyampaian-hadiah-no1

Pengarah Komunikasi Korporat MARA, Nor Hashimi Mahat (kiri) menyampaikan hadiah pemenang utama Selfie Merdeka MARA.

Mohd Hanafi Ramli
media@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Para pemenang Pertandingan Selfie Merdeka MARA 2016 menerima hadiah masing-masing pada satu majlis di sini hari ini.

Pertandingan Selfie Merdeka MARA diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016 yang lalu dan merupakan salah satu inisiatif MARA menyuntik semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat.

Bertemakan #sehatisejiwa, pertandingan yang mewajibkan selfie bersama “Jalur Gemilang” dan paparan elemen MARA telah menarik 27 penyertaan.

Gambar yang memenangi pertandingan.

Gambar yang memenangi pertandingan.

Tempat pertama petandingan telah dimenangi oleh Abdul Aziz Mohd Soffian dari Setapak, Kuala Lumpur yang membawa hadiah bernilai RM 500.00 manakala tempat kedua dimenangi Handi Subaidah Herman dari Ulu Kelang dengan hadiah bernilai RM 300.00 sementara Muhamad Farid Al Hafiz bin Mohd Yazid dari Balik Pulau, Pulau Pinang memenangi tempat ketiga dengan hadiah bernilai RM 200.00.

Para pemenang pemenang yang ditemui menyatakan rasa syukur dan gembira atas hadiah kemenangan ini dan menyokong inisiatif MARA dalam menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan malah sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh agensi ini.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan and tagged . Bookmark the permalink.