Lepasan GIATMARA dibantu mulakan perniagaan

KOTA BHARU 11 OCTOBER 2016. Pengarah MARA Kelantan, Ismail Abdullah (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang menyertai permainan futsal sempena Hari Sukan Negara 2016 peringkat GIATMARA negeri Kelantan di KB Futsal Arena, Padang Tembak, Pengkalan Chepa. STR/FARIS ZAINULDIN.

Pengarah MARA Kelantan, Ismail Abdullah (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang menyertai permainan futsal sempena Hari Sukan Negara 2016 peringkat GIATMARA negeri Kelantan di KB Futsal Arena, Padang Tembak, Pengkalan Chepa. STR/FARIS ZAINULDIN.

KOTA BHARU 11 Oktober 2016 : MARA menyediakan peruntukan bagi membantu lepasan GIATMARA menceburi program keusahawanan dan memperluaskan perniagaan mereka menerusi program Rintis Niaga. Pengarah MARA Kelantan, Ismail Abdullah, berkata program itu juga mendidik usahawan lepasan GIATMARA berdikari.

“Dua skim pinjaman disediakan, iaitu Skim Putra dan Skim Smile, masing-masing RM10,000 dan RM50,000, khusus untuk lepasan GIATMARA yang ingin memulakan perniagaan serta menjadikan modal pusingan. “Kita ingin melihat lepasan GIATMARA tidak hanya menjadi pekerja, sebaliknya mampu menjadi usahawan berjaya,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat GIATMARA Kelantan, di KB Futsal Arena, dekat sini hari ini.

Ismail berkata, antara bidang keusahawanan yang menjadi pilihan lepasan GIATMARA ialah pendawaian elektrik, pendingin hawa, automotif, masakan serta jahitan. “Mereka hanya perlu mengikuti kursus selama enam bulan sebelum memulakan perniagaan sendiri dari rumah.

MARA akan membantu dari segi kaunseling serta memantau mereka dua bulan sekali untuk melihat perkembangan semasa. “Di Kelantan, ada lebih 300 usahawan lepasan GIATMARA yang sudah berjaya hasil program Rintis Niaga,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201072

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.