PUSAT MARA LUAR NEGARA TURUT MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2016

hari-sukan-negara-mara

oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur 8 Oktober – Hari Sukan Negara bukan sahaja di sambut di dalam negara malah turut dimeriahkan dengan aktiviti sambutan oleh pusat pentadbiran MARA di luar negara Russia, Mesir dan Indonesia.

Menyokong penuh program-program anjuran kerajaan, Hari Sukan Negara 2016 turut dilaksanakan secara serentak di semua pusat pentadbiran MARA seluruh negara. 

Pelaksanaan aktiviti di dalam negara dilaksanakan mengikut peringkat MARA Negeri bahkan turut disertai oleh subsidiarinya seperti MARA Liner serta Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-KETENGAH International College (MKIC), German-Malaysian Insitute (GMI) dan  Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Antara pengisian sambutan adalah senaman dan aktiviti yang menyuntik semangat kerjasama serta amalan budaya hidup cergas seperti senamrobik, sukan bola sepak, tarik tali, carom, dart, pingpong serta sukan rakyat dengan melibatkan penyertaan komuniti MARA yang terdiri dari warga kerjanya, para usahawan dan juga para pelajar.

Selain daripada menganjurkan sendiri pengisian Hari Sukan Negara di peringkatnya, MARA turut menghantar penyertaan peserta bagi penganjuran program seumpama di peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan.

MARA amat menyokong program seumpama ini yang disifatkan langkah pro aktif dalam proses transformasi mencapai Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation) melalui amalan gaya hidup yang sihat.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.