GiatMARA serah bantuan RM400,000 kepada pelatih

AHLI Majlis MARA merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir (dua dari kanan) menyempurnakan upacara memotong reben sambil disaksikan oleh Pengerusi GiatMARA, Datuk Azian Osman (tengah) pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Usahawan Bergerak peringkat negeri Pulau Pinang di GiatMARA Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM: GiatMARA Pulau Pinang hari ini, menyerahkan bantuan bernilai RM400,000 kepada pelatih yang tamat kursus di bawah Prorgram Peningkatan Pendapatan (PPP) peringkat negeri.

Ahli Majlis, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata seramai 30 pelatih terpilih untuk menerima bantuan seperti 15 motosikal serta 15 peralatan solekan dan memasak.

Beliau berkata, ia adalah bantuan untuk menggalakkan pelatih yang tamat kursus memulakan perniagaan mereka dan setiap penerima bantuan akan dipantau dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Pemantauan ini bagi melihat sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah dalam melaksanakan perniagaan.
“GiatMARA juga akan memberikan khidmat nasihat dan memenuhi sebarang keperluan yang dikehendaki dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan PPP di GIATMARA Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi GiatMARA, Datuk Azian Osman.

GiatMARA memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi membekalkan peralatan perniagaan dan motosikal di bawah program PPP.

Sementara itu, Azian berkata, PPP yang sudah dilaksanakan di Pahang dan Kelantan sudah menunjukkan keberkesanan dalam menjana pendapatan pelatih GiatMARA.

Beliau berkata, sekiranya ia terus menunjukkan hasil positif, GiatMARA merancang untuk memohon dana yang lebih besar untuk program itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/199546

AHLI Majlis MARA merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir (lima dari kiri) bergambar bersama pelatih GIATMARA yang terpilih menerima motosikal pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Usahawan Bergerak peringkat negeri Pulau Pinang di GiatMARA Bukit Mertajam.

maranet-650px-x-450pxrt

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.