Produk IKS 2 negara, 200 Little Bandung, Halal Shoppe by MARA bakal dibuka

ALEXANDER NANTA LINGGI

ALEXANDER NANTA LINGGI

SHAH ALAM 5 Okt. – Sebanyak 200 cawangan Little Bandung dan Halal Shoppe by MARA yang memasarkan pelbagai produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dan Indonesia akan dibuka di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun lagi.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, buat permulaan, cawangan pertama kedai itu kini dibuka di pusat beli-belah Anggerik Mall di sini.

Menurutnya, pembukaan kedai itu adalah hasil kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Koperasi Anak Sains MARA Bhd. (AsMARA) dan Malaysia Indo­nesia House Bandung yang dilihat sebagai platform bagi kedua-dua negara mempromosikan produk IKS ma­sing-masing.

“Bagi Little Bandung dan Halal Shoppe by MARA yang pertama di negara ini, syarikat Abrar Venture telah dipilih sebagai operator dan menjadi cawa­ngan contoh kepada identiti dan konsep Little Bandung.

“Sebelum ini, Halal Shoppe by MARA yang diwujudkan pada tahun lalu adalah pusat sehenti bagi 300 jenis produk halal milik 40 usahawan MARA.

“Oleh itu, kita melangkah ke depan dengan memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk menjual produk usahawan IKS ­Indonesia terutama dari Bandung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan cawangan pertama Little Bandung dan Halal Shoppe by MARA di sini hari ini.

Yang turut hadir Walikota Bandung, Ir. Mochamad Ridwan Kamil; Pengerusi Koperasi AsMARA, Profesor Emeritus ­Datuk Dr. Md. Mydin Md. ­Sheriff dan Pengarah MARA ­Selangor, Rusnah Yusoff. Selain jenama tempatan, Little Bandung dan Halal Shoppe by MARA menjual kira-kira 10 produk terkenal dari Indonesia seperti Brownies Amanda dan RA Jeans.

– Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/produk-iks-2-negara-1.391203

maranet-650px-x-450pxrt

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.