KOLABORASI DALAM MENINGKATKAN PASARAN PRODUK USAHAWAN KE PERINGKAT GLOBAL

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi  (dua dari kanan) bersama-sama Walikota Bandung, Ir. Mochamad Ridwan Kamil (dua dari kiri) semasa perasmian Little Bandung di Anggerik Mall, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi (dua dari kanan) bersama-sama Walikota Bandung, Ir. Mochamad Ridwan Kamil (dua dari kiri) semasa perasmian Outlet Little Bandung dan Halal Shoppe ByMARA di Anggerik Mall, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Foto Oleh MARAtv

SHAH ALAM, 5 OKTOBER – MARA menjalin kerjasama dengan Pemerintah Walikota Bandung Indonesia bagi melahirkan usahawan bertaraf global melalui pelancaran ‘Showcase Produk Usahawan Serumpun @ Outlet Little Bandung dan Halal Shoppe ByMARA’.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi, showcase ini merupakan usahasama antara MARA, Koperasi Anak Sains MARA (ASMARA) dan Malaysia Indonesia Corporate House (MICH) Bandung yang bertujuan meluaskan lagi penerokaan peluang perniagaan yang memberi manfaat kepada usahawan Malaysia dan Indonesia.

“Gabungan Little Bandung dan Halal Shoppe ini akan menjadi saluran penjualan produk terbaik yang dikeluarkan oleh usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) MARA dan juga IKS di bawah kelolaan Pemerintah Walikota Bandung, Indonesia,” katanya.

414a6812Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan ‘Showcase Produk Usahawan Serumpun @ Outlet Little Bandung dan Halal Shoppe ByMARA’. Turut hadir adalah Walikota Bandung, YTH Ir. Mochamad Ridwan Kamil, YTH Ibu Atty Suharti Tochija, Walikota Chemahi, Ahli Pengurusan MARA serta 100 delegasi dari Indonesia.

Alexander turut menambah, melalui projek usahasama ini, usahawan Bumiputera akan berperanan sebagai pengimport produk-produk Indonesia terpilih dari segi mutu, kualiti dan halal untuk dipasarkan ke semua Little Bandung yang akan didirikan secara berperingkat dalam masa tiga tahun.

“Jalinan kerjasama ini merupakan permulaan dalam usaha membangunkan lebih banyak outlet yang mana dijangka akan ada usahasama pembangunan 200 Outlet Little Bandung Halal Shoppe ByMARA di hampir setiap parlimen seluruh Malaysia”, katanya lagi.

Mengulas lanjut, Alexander turut menyatakan outlet Halal Shoppe byMARA yang pertama pada tahun ini akan dilancarkan sekaligus membuka peluang kepada usahawan MARA untuk mengembangkan pasaran mereka ke luar negara khususnya di Bandung, Indonesia.

“Adalah diharapkan, komitmen MARA ini dapat dicontohi oleh agensi yang berkaitan dengan keusahawanan dalam usaha memartabatkan produk keluaran usahawan Malaysia ke persada global,” ulas beliau.

414a6795

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.