GiatMARA lahirkan 9,879 usahawan

KETUA Pegawai Eksekutif GiatMARA, Jamal Nasir Othman berucap pada Majlis Pertukaran dokumen kerjasama dalam Konvensyen Usahawan Online 2016 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. - Foto Azhar Ramli

KETUA Pegawai Eksekutif GiatMARA, Jamal Nasir Othman berucap pada Majlis Pertukaran dokumen kerjasama dalam Konvensyen Usahawan Online 2016 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. – Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: GiatMARA Sdn Bhd, institusi latihan peringkat akar umbi ditadbir Majlis Amanah Rakyat (MARA), melahirkan 9,879 usahawan dalam pelbagai bidang setakat Ogos 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Nasir Othman, berkata tahun ini saja, pihaknya menyasarkan melatih 2,000 usahawan dalam talian, bidang yang dilihat semakin popular dalam era globalisasi hari ini.

“Kami melihat jaringan hubungan yang berkesan dalam perniagaan dalam talian dapat meningkatkan pendapatan usahawan sedia ada.

“Ini yang kami tekankan supaya usahawan sedia ada bergerak selari dengan teknologi dan kehendak semasa,” katanya pada sesi minum petang bersama rakan strategik GiatMARA, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, GIATMARA memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan SME Corp Malaysia berkaitan penyediaan pengurusan dan pembiayaan.

GiatMARA juga memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ServisHero, penyedia platform bagi perniagaan dalam talian.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/197718

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.