PELAJAR MRSM DISARAN MENEROKAI BIDANG PENGAJIAN BERPENDAPATAN TINGGI

Penerima Anugerah Beyond Excellence, Hilman Hadi bin Mohd Hoesmee dan ibunya bergambar bersama jemputan kehormat di Majlis Graduasi Kali ke-44 MRSM

Penerima Anugerah Beyond Excellence, Hilman Hadi bin Mohd Hoesmee dan ibunya bergambar bersama jemputan kehormat di Majlis Graduasi Kali ke-4 MRSM

Oleh Nur Lizziana Haszemi
media@mara.gov.my

Johor Bahru, 29 September – Pelajar tidak harus hanya bertumpu kepada bidang pengajian yang popular seperti perubatan sebaik menamatkan pendidikan menengah sebaliknya meneroka pengetahuan dalam pelbagai bidang baru seperti keusahawanan, teknikal, vokasional, pergigian dan agrikultur makanan yang menjanjikan kerjaya berpendapatan tinggi.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, sepanjang menjalani lima (5) tahun pengajian dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif, MRSM telah menyediakan asas jati diri kepada para pelajar dalam membina kepercayaan kepada keupayaan diri sendiri, berketrampilan diri, serta mempunyai kekuatan rohani, emosi serta tahap intelektual yang tinggi.

“Oleh itu ibu bapa perlu menyokong bidang pilihan anak-anak dan memberi kebebasan kepada mereka menentukan arah masa depan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Graduasi Kali Ke-4 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru. Seramai 199 pelajar akan menamatkan pengajian Tingkatan 5 pada tahun ini dengan 55 pelajar dianugerahkan Kelas Pertama, 88 pelajar mendapat Kelas Kedua Atas dan selebihnya 56 pelajar memperolehi Kelas Kedua Bawah.

Turut hadir ialah Pengarah MARA Negeri Johor, Teh Arfah Kamarul Zaman serta Yang Dipertua Muafakat MRSM Johor Bahru, Dato Yahya Jaafar.

giant-banner-14x14-mini-kpm2016-01

maranet-650px-x-450pxrt

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.