FASILITI MODEN DAN SOFISTIKATED BAGI KEMUDAHAN MAHASISWA

Ahli Majlis MARA, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Abu Azam Md Yassin menandatangani plak Perasmian Makmal Cleanroom di MJII.

Ahli Majlis MARA, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Abu Azam Md Yassin menandatangani plak Perasmian Makmal Cleanroom di MJII.

oleh Noor Rasidah Abdul Razak
media@mara.gov.my

BERANANG, 29 September – MARA-Japan Industrial Institute (MJII) mempertingkatkan lagi fasiliti pembelajarannya dengan memperkenalkan Makmal Cleanroom bertahap ISO 6 dan dilengkapi dengan peralatan-peralatan fabrikasi moden.

Kewujudan makmal ini membolehkan para pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) mempertingkatkan lagi kemahiran mereka terutaman dalam bidang IC Fabrication and Process, IC Assembly and Packaging dan IC Measurement and Failure Analysis.

Ahli Majlis MARA, YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin, berkata melalui makmal ini, pelajar-pelajar dapat dilatih secara praktikal dalam bidang fabrikasi microchip sekali gus memberi pendedahan kepada mereka terhadap suasana industri sebenar.

Lawatan tetamu kehormat MARA di dalam Makmal Cleanroom.

Lawatan tetamu kehormat MARA di dalam Makmal Cleanroom.

“Kelengkapan dalam Cleanroom ini diharapkan akan menjadi salah satu inisiatif penting bagi para pensyarah dan penyelidik MJII untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti Research & Development (R&D) malah diperluaskan dengan kerjasama institusi teknikal serta universiti-universiti lain yang akan memberi manfaat besar dalam bidang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Cleanroom di MARA-Japan Industrial Institute (MJII), di sini hari ini. Turut hadir bersama adalah Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Mahzan Teh serta Pengarah Bahagian Aset dan Perolehan, Suhaimi Zainuddin.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.