Pelajar IPMa Cemerlang di Asean Skills Competition 2016

Para pelajar IPMa yang memenangi pingat di ASEAN SKILLS COMPETITION 2016

Para pelajar IPMa yang memenangi pingat di Asean Skills Competition 2016

oleh Ahmad Soffian Mohd Shariff
media@mara.gov.my

PUTRAJAYA 28 September: Institusi Pendidikan MARA (IPMa) cemerlang di Asean Skills Competition 2016 (ASC 2016) apabila pelajarnya berjaya menggondol 12 emas, 2 perak, 2 gangsa dan 3 Medallion.

Kecemerlangan ini sekali gus membantu kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan ASC 2016 dengan kutipan 22 emas, 4 perak dan 5 lima gangsa.

Antara IPMa yang terlibat di dalam pertandingan ini adalah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), MARA-Japanese Industrial Institut (MJII), Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI), German-Malaysian Institut (GMI) dan GIATMARA.

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FKarnivalPendidikanMARA%2Fposts%2F1241849002512284%3A0&width=500

Antara emas yang diungguli oleh IPMa adalah dalam kategori pembuatan kabinet, elektronik, industri automasi, automobil, terapi kecantikan, elektrikal serta penghawa dingin dan penyejuk beku.

Lebih manis MARA turut mengungguli peserta terbaik yang membawa gelaran Best of Nation ASC 2016 yang dimenangi Mohd Farhan Bin Zaki, pelajar GIATMARA Kota Bharu yang bertanding dalam kategori automobil.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah ASC 2016 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.