IPMa lahir usahawan automotif negara

ABU Azam (kanan) melihat kereta lumba ciptaan pelajar-pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah Melaka selepas pra pelancaran IPMA Race 2017 di Tapak Ekspo MAEPS, hari ini. - Foto Sairien Nafis

ABU Azam (kanan) melihat kereta lumba ciptaan pelajar-pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah Melaka selepas pra pelancaran IPMA Race 2017 di Tapak Ekspo MAEPS, hari ini. – Foto Sairien Nafis

SERDANG: Institusi Pendidikan MARA (IPMa) berupaya mengetengahkan bakat usahawan automotif negara yang relevan dengan keperluan industri.

Ahli Majlis MARA, Prof Emiritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin, berkata hasil kreativiti dan inovasi pelatih institusi itu mencakupi pembinaan jentera hingga perlumbaan di litar.

Katanya, IPMa Race 2017 menjadi platform kepada mereka mengetengahkan kreativiti dan inovasi merentasi kemahiran untuk bersaing di peringkat serantau.

Beliau berkata, acara itu berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit, Ayer Keroh, Melaka pada 24 hingga 26 Mac 2017.

“MARA menyasarkan sebanyak 50 pasukan dari pelbagai institusi pendidikan kemahiran dalam negara dan rantau ASEAN menyertai IPMa Race 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis prapelancaran IPMa Race 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini. Acara itu bersempena Persidangan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) ASEAN 2016.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/196061

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.