IPMa Race 2017 sasar penglibatan negara ASEAN

pict_20160925_110837

IPMa Race 2017 mengetengahkan kreativiti dan inovasi pelajar dalam teknologi automatif dan kejuruteraan mekanikal.

SERI KEMBANGAN, 25 September – MARA mensasarkan sebanyak 50 pasukan dari pelbagai institusi pendidikan kemahiran dalam negara dan juga dari negara Asean di IPMa Race 2017.


Menurut Ahli Majlis MARA, Prof. Emeritus Dato’ Dr Abu Azam Md Yassin, IPMa Race merupakan perlumbaan kereta formula dengan spesifikasi 150 cc dan dianjurkan secara dwi tahunan oleh MARA.

“Dengan bertemakan kreativiti dan inovasi merentasi kemahiran, IPMa Race 2017 akan dianjurkan pada 24 hingga 26 Mac 2017 bertempat di Melaka

International Motorsport Circuit, Ayer Keroh, Melaka” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis pra pelancaran IPMa Race 2017 di sini hari ini.

Abu Azam menambah, antara kategori yang akan dipertandingkan di IPMa Race 2017 adalah Race Championship, Best Design & Innovation, Best 5s Paddock Management, Best Timr Skid Test, Best Acceleration & Braking Test dan Most Outstanding Team.

“Menariknya, bagi penganjuran IPMa Race 2017, MARA turut menjalin kerjasama strategik bersama syarikat permotoran seperti Prowheels (M) Sdn Bhd, Motorsport Association of Malaysia (MAM) dan Proton,” katanya lagi.
Penganjuran IPMa Race mampu membuka peluang kepada pelajaran aliran teknikal dan vokasional terutamanya dalam bidang automatif untuk menimba pengalaman dan mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam industri perlumbaan permotoran.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.