FELCRA, MARA berpakat bangunkan usahawan generasi kedua

KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER 2016. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) merasmikan gimik perasmian Majlis Pra Pelancaran Sambutan ke-50 FELCRA Berhad di Sri Pentas, Petaling Jaya. Turut sama Pengerusi FELCRA, Datuk Bung Moktat Radin (tiga dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Zulkarnain Md Eusope (kanan). NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

PETALING JAYA: FELCRA Bhd (FELCRA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membangunkan lebih ramai usahawan dalam kalangan generasi kedua agensi itu.

MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Zulkarnain Md Eusope dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, dalam satu majlis di Sri Pentas di sini, hari ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi MoU itu, MARA akan memperuntukkan pinjaman kepada peserta FELCRA bagi memudahkan mereka menjadi usahawan.

“FELCRA sudah melahirkan lebih 1,600 usahawan dan dengan adanya kerjasama dengan MARA, kita yakin lebih ramai usahawan dapat dibentuk kerana MARA mempunyai sumber mencukupi. “Kita belum menetapkan peruntukan kerana hanya menjalinkan persefahaman pada peringkat ini. “Kedua-dua agensi akan berbincang mengenai sasaran FELCRA, selain mengenal pasti bilangan usahawan yang ingin dilahirkan.

“Kita juga akan memberi tumpuan kepada aspek pendidikan dan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi ketiga FELCRA,” katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Sambutan 50 tahun FELCRA di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi FELCRA, Datuk Bung Moktar Radin. Pada majlis itu, Ismail Sabri turut melepaskan konvoi Kembara Media sempena 50 tahun FELCRA yang membabitkan 200 peserta menaiki 50 kereta menjelajah ke kawasan FELCRA. – Sumber Berita Harian

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.