MARA P. Pinang bantu usahawan RM6.32 juta

A. RAZU ABDUL RAZAK

A. RAZU ABDUL RAZAK –  Pengarah  MARA Negeri Pulau Pinang

 

PULAU PINANG 21 Sept. – Majlis Amanah Rakyat (MARA) nege­ri meluluskan pembiayaan berjumlah RM6.32 juta untuk membantu usa­hawan melalui Skim Pembiayaan Kon­trak Ekpres (SPike).

Pengarah MARA negeri, A. Razu Abdul Razak berkata, jumlah itu telah memanfaatkan seramai 62 usahawan sejak awal tahun ini sehingga pertengahan bulan ini.
Melalui skim berkenaan, tambahnya, usahawan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan kontraktor bekalan, perkhidmatan, elektrik serta kontraktor binaan kelas F, E, D dan C menerima pembiayaan antara RM250,000 sehingga RM500,000.

“Bagi memastikan layak untuk memohon skim ini, usahawan terlibat harus mematuhi sya­rat-syarat se­perti berpengalaman serta melibatkan diri dalam perniagaan ber­ke­naan secara se­penuh masa,” ka­tanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut A. Razu, komitmen kerajaan untuk membantu usahawan bumiputera di negeri ini juga diteruskan melalui Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM).
Bagi kategori itu, tambah beliau, se­ramai 12 usahawan telah dibantu sepanjang tahun ini melibatkan pembiayaan RM503,000.

Ujarnya, skim ber­kenaan membolehkan usahawan menerima pembia­yaan sehingga RM250,000 bagi ka­tegori syarikat milikan tunggal dan RM500,000 bagi syarikat sendirian berhad.
“Skim ini juga tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi se­perti telah menyumbang mo­dal sendiri tidak kurang 10 peratus daripada kos ke­seluruhan projek.
“Melalui skim ini, beberapa usahawan yang hampir gulung tikar dalam perniagaan mereka telah dibantu dan kini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan,” kata­nya. – Sumber Utusan Online

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.