Wajib maklumkan MARA

KOTA BHARU 09 SEPTEMBER 2016. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob disaksi Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan potongan pulut kuning sempena ulang tahun UMNO ke 70 setelah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2016 di Dewan Tun Ghaffar, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Melor, Kota Bharu. NSTP/ZAMAN HURI ISA

 Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob disaksi Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan potongan pulut kuning sempena ulang tahun UMNO ke 70 setelah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2016 di Dewan Tun Ghaffar, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Melor, Kota Bharu. NSTP/ZAMAN HURI ISA

Kota Bharu: Penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara yang ingin ke negara lain diwajibkan memaklumkan kepada pejabat agensi itu untuk keselamatan dan memastikan mereka tidak terbabit dengan militan Daish.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa yang sama, beliau meminta kerjasama ibu bapa untuk memantau pergerakan anak mereka biarpun berada di luar negara.

“Saya risau dengan laporan mengenai militan Daish yang kita dapati mereka mensasarkan orang muda yang kebanyakkannya berada jauh dari keluarga mereka.

“Maka saya minta dua perkara, pertama ibu bapa hendaklah mengambil berat apa yang anak mereka lakukan di luar negara, misalnya ketika cuti panjang, ke mana mereka pergi dan aktivit apa yang mereka buat.

“Dari segi MARA, saya sudah arahkan pegawai kita untuk buat pemantauan dan saya meletakkan syarat kalau pelajar itu dihantar (belajar) ke England dan ingin ke negara lain, dia (pelajar) perlu maklumkan kepada pejabat ,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di sini, tadi.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. – Sumber Harian Metro

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.