Kompleks Digital MARA Pulau Pinang dibuka hujung tahun

PENANG 11 SEPTEMBER 2016. Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Tanjong di Hotel Bayview Georgetown di sini. NSTP/DANIAL SAAD

 Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Tanjong di Hotel Bayview Georgetown di sini. – NSTP/DANIAL SAAD

GEORGETOWN: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merancang membina Kompleks Digital MARA di Pulau Pinang, menjelang akhir tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata ia selari dengan gaya hidup penduduk di negeri ini yang mengetengahkan konsep urban.

Katanya, pihaknya kini dalam proses memuktamadkan lokasi bagi kompleks berkenaan, selain masih menunggu maklum balas Pengarah MARA Pulau Pinang. “Kita akan teliti keperluan penduduk di negeri ini bagi mengenal pasti sama ada kompleks berkenaan hanya dibuka di pulau atau perlu membabitkan Seberang Perai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong di sini, hari ini. Yang turut hadir, Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar. – Sumber Berita Harian

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.