GiatMARA terima peruntukan sebanyak RM3 juta

Azian menyerahkan replika kunci kepada Azmi Putera Zakaria sebagai simbolik penyerahan Mobilepreneur kepada 40 penerima di Pusat GiatMARA Indera Mahkota di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian

Azian menyerahkan replika kunci kepada Azmi Putera Zakaria sebagai simbolik penyerahan Mobilepreneur kepada 40 penerima di Pusat GiatMARA Indera Mahkota di sini, hari ini. – Foto Sinar Harian

KUANTAN – GiatMARA menerima peruntukan sebanyak RM3 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan program konsep perniagaan baharu iaitu Usahawan Bergerak (Mobilepreneur).

Pengerusinya, Datuk Azian Osman berkata, sebanyak 300 unit motosikal disediakan diseluruh negara dan diedarkan kepada mereka yang berkelayakan bagi menjalankan perniagaan dengan cara konsep menggunakan motosikal tersebut.

Katanya, Mobilepreneur merupakan konsep perniagaan baharu yang diperkenalkan untuk membantu usahawan belia di negara ini.

“Kita akan bagi seorang RM10,000 yang meliputi kos motosikal serta peralatan untuk berniaga termasuk kursus pengurusan perniagaan dan kewangan.

“Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah golongan belia dalam keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, program ini untuk kita bantu anak muda melibatkan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Bantuan Usahawan Bergerak MobilePrenuer “Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup” Negeri Pahang 2016 di GiatMARA Indera Mahkota di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 40 buah motosikal diserahkan kepada usahawan GiatMARA terpilih di negeri ini.

Azian berkata, GiatMARA dilantik sebagai agensi pelaksana dan pembayar oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan program usahawan bergerak tersebut.

Katanya, program itu berdasarkan empat skop projek iaitu perusahaan sumber asas tani, perikanan, penternakan, perniagaan secara kecil-kecilan dan aktiviti perkhidmatan. – Sumber Sinar Harian

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.