PERTUKARAN IDEA BAGI MENINGKATKAN KEPAKARAN PENYEDIAAN TINDAKAN KAJIAN

Ahli Majlis MARA, Prof Emeritus Dato’ Dr Abu Azam (duduk enam dari kiri) bergambar bersama penganjur dan ahli panel Persidangan Kebangsaan Kajian Tindakan kali ke-2.

Oleh Nur Lizziana Haszemi
media@mara.gov.my

Melaka, 8 September – MARA terus menyokong penyediaan platfom kepada para pendidiknya  bagi meningkatkan kepakaran dalam mengendalikan kajian tindakan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ahli Majlis MARA, Prof Emeritus Dato’ Dr Abu Azam Md Yassin, para pendidik MARA seharusnya mengambil peluang ini bagi untuk bertukar fikiran dan pengalaman dalam menghasilkan kajian tindakan di mana hasilnya boleh dimanfaatkan oleh seluruh komuniti yang terlibat dalam sistem pendidikan MARA.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Persidangan Kebangsaan Kajian Tindakan kali ke-2 bertempat di Avilion Legacy Hotel, Melaka anjuran Kolej Profesional MARA Ayer Molek dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.

Persidangan yang diadakan pada 6-7 September ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada pihak fakulti, sekolah, pemimpin institusi serta komuniti berkongsi penemuan dan kaedah baru dalam menjalankan kajian tindakan.

Seramai 250 peserta dari seluruh Malaysia telah terlibat dalam pembentangan 30 kertas kerja berkaitan kajian tindakan dan konvensional.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.