MANFAATKAN SIMPOSIUM SEBAIK MUNGKIN

En Razlan bin Hj Samsuri selaku perasmi bersama peserta-peserta Simposium Pustakawan IPMa 2016

Pengarah Sumber Manusia MARA , Razlan Haji Samsuri ( duduk tengah ) selaku perasmi bersama peserta- peserta Simposium Pustakawan IPMa 2016

Oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 7 September – Pustakawan MARA disaran untuk memanfaatkan ilmu yang diperolehi hasil dari Simposium Pustakawan IPMa 2016 yang berlangsung selama tiga hari simposium di sini.

Simposium kali ke-2 anjuran MARA Knowledge Centre (MKC), Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Institut Latihan Kakitangan MARA (ILKM) ini melibatkan penyertaan seramai lebih 80 orang pustakawan MARA.

Tujuan utama simposium diadakan adalah untuk mempertingkatkan kualiti Guru Media, pustakawan serta kakitangan perpustakaan di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sebagai penyampai atau perantara ilmu dan maklumat kepada semua pengguna perpustakaan.

Bagi memperkasakan lagi peranan pustakawan, beberapa orang panel fasilitator dari UiTM dan Perpustakaan Negara Malaysia telah diundang bagi menyampaikan ceramah berkaitan serta lawatan kerja ke pejabat BERNAMA dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Melalui simposium ini juga, para peserta dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam dunia kepustakawan agar dapat menghadapi cabaran penyediaan maklumat dan pengendalian perpustakaan dunia digital yang lebih berkualiti.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.