INISIATIF BARU MEMPERKASAKAN USAHAWAN BUMIPUTERA

YBhg Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman Presiden dan Ketua Eksekutif, Malaysian Industry - Goverment Group for High Technology ( MIGHT ), Jabatan Perdana Menteri

YBhg Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman Presiden dan Ketua Eksekutif, Malaysian Industry – Goverment Group for High Technology ( MIGHT )

 

Oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

CYBERJAYA, 5 September – Bagi memperkukuhkan lagi kekuatan dalam bidang keusahawanan, MARA telah bekerjasama dengan Malaysian Industrial-Government Group for High Technology (MIGHT) melalui Bengkel Penyediaan Pelaksanaan Program Skim Transformasi Industri dan Keusahawanan Ekspress (STRIKE) bermula 5 hingga 7 September.

Bengkel yang disertai oleh Pengurusan MARA, usahawan Bumiputera serta wakil-wakil agensi kerajaan berkaitan ini bertujuan mempergiatkan kemajuan Tekno-Usahawan dalam menangani cabaran urbanisasi dan perubahan iklim melalui aplikasi teknologi hijau dan ICT.

Program STRIKE ini memberi fokus kepada pembangunan Bumiputera secara strategik di dalam bidang teknologi tinggi yang baru dengan memberi tumpuan kepada pembangunan Bumiputera dalam lima (5) bidang kluster berteknologi tinggi yang berpotensi untuk diceburi iaitu Tenaga Suria, Pengurusan Sisa Pepejal, Pengangkutan Lestari Hijau, Bahan Berasas-Bio dan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Bengkel ini juga merupakan platform bagi memperkasa pemain industri dalam kalangan Bumiputera khususnya usahawan MARA yang terlibat dengan perniagaan teknologi tinggi dan seterusnya mempersiapkan mereka untuk meneroka pasaran luar negara yang lebih mencabar.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.