MARA terus semarak Sambutan Bulan Kebangsaan

Pelepasan Peserta Kayuhan MERDEKA MARA oleh YBhg Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA Sempena Program Sambutan 31 Ogos

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad menyempurnakan upacara pelepasan peserta Kayuhan MERDEKA MARA.

Oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 4 September – Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat MARA 2016 diteruskan lagi melalui penganjuran Kayuhan Merdeka MARA yang disertai oleh 250 peserta melibatkan laluan sejauh tujuh (7) kilometer bermula dan berakhir di perkarangan ibu pejabat MARA.

Aktiviti yang dianjurkan oleh MARA Cycling Club ini bermula seawal jam 6.00 pagi diadakan bersekali dengan ‘car free morning’ DBKL melibatkan penyertaan 250 orang peserta terdiri daripada warga kerja Ibu Pejabat MARA malah turut mendapat sambutan dari pusat-pusat luar MARA seperti IKM Sik, KKTM Sri Gading, KKTM Ledang, PMD Raub serta KPM Ayer Molek.

Pelepasan Kayuhan Merdeka MARA ini ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dengan kibaran bendera Jalur Gemilang.
Selain daripada pembudayaan amalan gaya hidup yang sihat, aktiviti seumpama ini menyatupadukan hubungan dalam kalangan warga MARA selari dengan semangat kemerdekaan ‘Sehati Sejiwa’.

Perlumbaan MARA Merdeka Tamiya Mini 4wd yang melibatkan 60 orang peserta

Perlumbaan MARA Merdeka Tamiya Mini 4wd yang melibatkan 60 orang peserta

Nordin bin Yusof dari MRSM Muar telah memenangi Anugerah Unik/Klasik sempena program ini manakala Peserta Terbanyak Peringkat Subsidiari dan Pusat MARA dimenangi oleh Yayasan Pelajaran MARA dan KKTM Ledang.
Sementara itu, acara sambutan turut diserikan dengan perlumbaan MARA Merdeka Tamiya Mini 4wd kategori ‘Semitech’ yang bermula pada jam 10.00 pagi melibatkan 60 orang peserta.

Dalam perlumbaan ini, Adam Razak telah muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta piala.
Menurut Adam, pertandingan ini bukan sahaja menguji kreativiti dalam pengubahsuaian kereta pertandingan supaya lebih pantas, malah lebih penting adalah dapat mewujudkan kesedaran sivik yang boleh memupuk perasaan harmoni dalam kalangan peserta.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.