MARA Digital akan dibuka di Seremban

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Jempol di Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol, hari ini. - Foto BERNAMA

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Jempol di Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol, hari ini. – Foto BERNAMA

BANDAR SERI JEMPOL: MARA Digital, pusat komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) khusus bagi usahawan Bumiputera akan dibuka di Seremban tidak lama lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis di pusat bandar Seremban itu kini dalam proses pengubahsuaian.

“Jika semua berjalan lancar, pusat komunikasi itu akan dibuka secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Jempol di Dewan Pejabat Daerah Jempol, di sini hari ini.

Ismail berkata, selepas pembukaan MARA Digital di Seremban, pihaknya bercadang membuka pusat komunikasi itu di setiap daerah yang ada bangunan MARA.

Sementara itu, katanya, kementerian kini memberi tumpuan kepada projek pembangunan yang dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

Katanya, ia kerana rakyat mahu sesuatu projek disiapkan segera, tanpa mengetahui banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Sebagai contoh jika mahu bina jalan raya, prosesnya lama. Apabila masih belum siap, rakyat beranggapan kerajaan lupa janji,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/187531

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.