Graduan KPTM penuhi pasaran kerja

Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Datuk Ahmad Nazlan Idris (bersongkok) beramah mesra bersama sebahagian pelajar baru sesi Julai 2016 di Dewan Besar, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu.

Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Datuk Ahmad Nazlan Idris (bersongkok) beramah mesra bersama sebahagian pelajar baru sesi Julai 2016 di Dewan Besar, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Sebanyak 79 peratus graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) memenuhi pasaran kerja, sekali gus membuktikan produk institusi pengajian tinggi itu mampu bersaing dengan universiti tempatan.

Pengerusi KPTM, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata 11 peratus daripadanya mengusahakan perniagaan sendiri. “Ini membuktikan graduan keluaran KPTM juga berkualiti dan mampu bersaing dengan graduan daripada kolej serta universiti lain,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini KPTM mempunyai 10 cawangan dan bakal menyusul cawangan terbaharu di Bera, Pahang yang akan memulakan operasi pada tahun 2017. Ahmad Nazlan berkata demikian selepas programnya bersama pelajar baharu KPTM Kota Bharu di Lembah Sireh di sini. Yang turut hadir, Pengarahnya, Mohd Sahidi Yaakob dan Ahli Lembaga Pengarah KPTM, Datuk Zaluzi Sulaiman.

Ahmad Nazlan berkata, KPTM kampus Kota Bharu menawarkan lapan kursus dan paling mendapat sambutan adalah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. “Ini adalah kerana pelajar menyedari potensi kerja pada masa hadapan yang dilihat agak cerah dalam bidang membabitkan kanak-kanak. “Graduan misalnya boleh membuka pusat asuhan kanak-kanak sendiri yang menyumbang kepada pendapatan lumayan sekiranya tidak mahu bekerja dengan majikan,” katanya.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.