Pelajar MRSM Kuantan juara SIR RHB-NST

KUANTAN 21 AUGUST 2016. Pemenang utama RHB-NST Spell It Right Challenge, dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Noor Dalilah Jafri Ahmad Jafri (tengah) bersama pemenang tempat kedua dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdul Razak, Afifah Zahirah Arnizan (kanan) dan pemenang tempat ketiga dari SMK Abdul Rahman Talib, Muthu Subramanian Meyyappan (kiri) selepas majlis penyampaian hadiah di Kuantan Parade.

KUANTAN: Penyertaan kali kedua membawa tuah kepada pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Noor Dalilah Jafri Ahmad apabila muncul juara pertandingan mengeja Spell It Right (SIR) anjuran RHB-New Straits Times (NST) 2016 peringkat negeri kategori sekolah menengah di sini, hari ini. Kemenangan itu membolehkan Noor Dalilah, 15, menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penyertaan. Seramai 100 pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri ini menyertai pertandingan mengeja dalam bahasa Inggeris itu. Pelajar Tingkatan Tiga berasal dari Kubang Buaya, berkata penyertaannya dalam pertandingan itu bermula secara suka-suka tetapi tidak menyangka muncul juara kategori sekolah menengah peringkat negeri.

“Ketika masuk pertandingan kali kedua, saya tidak jangka menang sebab saya hanya mahu mencabar diri serta meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Memang cabaran sengit kerana terpaksa bersaing dengan pelajar lain yang sudah banyak kali menyertai pertandingan ini dan masing-masing memiliki kehebatan tersendiri. “Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada saya dan ia menaikkan semangat untuk membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan di Bangsar, Kuala Lumpur pada 1 Oktober nanti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tempat kedua dimenangi pelajar dari MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Afifah Zahirah Arnizan manakala M Muthu Subramanian dari SMK Abdul Rahman Talib di tempat ketiga. Mereka masing-masing menerima wang tunai RM2,500 dan RM2,000. Yang turut hadir ialah Eksekutif RHB Bank Bahagian Air Putih, Syed Ahmad Sahaimee Syed Mohd dan Auditor Media Prima Berhad, Mariana Manan.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.