Kembara Jalur Gemilang singgah Karangkraf

Muhammad Nasir (kanan) bersama Rusnah dan Edel (kiri) melepaskan rombongan selepas melawat Karangkraf, semalam.

Muhammad Nasir (kanan) bersama Rusnah dan Edel (kiri) melepaskan rombongan selepas melawat Karangkraf, semalam.

SHAH ALAM – Kira-kira 50 kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi memeriahkan Kembara Jalur Gemilang MARA Digital Anggerik Mall ke Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) sempena sambutan kemerdekaan negara ke-59, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, MARA Digital Anggerik Mall, Edel Adam berkata, selain Majlis Amanah Rakyat (MARA), kembara turut disertai skuad usahawan MARA Digital Anggerik Mall.

“Program ini antara usaha kami meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Di samping itu, kami mengambil kesempatan mempromosi dan menghebahkan kepada masyarakat di Shah Alam mengenai Mara Digital Anggerik Mall.

“Selepas ini ada beberapa aktiviti susulan akan diadakan di Anggerik Mall bermula 26 Ogos sehingga 4 September. Kami menjemput orang ramai hadir kerana pelbagai hadiah dan promosi jualan yang berbaloi ditawarkan sepanjang program berlangsung,” katanya, semalam.

Ketibaan kembara yang diketuai Pengarah Mara Selangor, Rusnah Yusoff disambut oleh Timbalan Pengerusi Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.