MJII RIDER UNGGULI PERTANDINGAN ROBOFIGHTO 2016

oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama-sama pemenang MJII Robofighto Competition 2016 – Foto oleh Irwan Shah BTP

Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama-sama pemenang MJII Robofighto Competition 2016 – Foto oleh Irwan Shah BTP

BERANANG, 14 Ogos – Pasukan MJII Rider yang terdiri daripada para pelajar MARA-JAPAN Industrial Institue (MJII), telah menggondol kejuaraan utama pertandingan MJII Robofighto Competition 2016 dan menerima hadiah utama RM3,000 berserta trofi, medal dan sijil penyertaan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan MJII MISTA diikuti Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya 1 (KKTM PJ1) selaku tempat ketiga dan Pasukan UFO daripada German-Malaysian Institute (tempat keempat).

Sementara itu, Pasukan BM Biotic dari IKTBN Bukit Mertajam telah menjuarai Kategori Royal Rumblez manakala Kategori Best Design diungguli oleh Pasukan KKTM PJ1 dan Kategori Best Technology pula dimenangi oleh Pasukan Bangsi Ajaib.

Penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Robofighto Competition 2016 anjuran MJII bemula 13 hingga 14 Ogos telah berjaya menarik 52 penyertaan dari Institusi Pendidikan MARA, Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta serta Institusi Latihan Kemahiran Awam yang turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 1500 penonton.

Di dalam ucapannya, Alexander berkata, pertandingan seumpama ini perlu diperbanyakkan pada masa hadapan dalam menghasilkan lebih ramai mahasiswa berteraskan kejuruteraan dan teknikal yang berkemahiran kreatif serta inovatif dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.

Turut hadir ke majlis penutup tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abdul Halim Abas dan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Azhar Abdul Manaf.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.