MENYEMAI BUDAYA KREATIVITI DAN INOVASI PELAJAR

oleh Nur Lizziana Haszemi
IMG_3061
 
Tampin, 11 Ogos  – Para pelajar sekolah perlu diberikan ruang untuk berkongsi idea, teknik dan kreativiti dalam menguasai subjek-subjek kritikal seperti Sains dan Matematik.
 
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, kaedah pembelajaran sememangnya memerlukan revolusi yang inovatif sesuai dengan keadaan persekitaran global yang semakin terbuka antaranya melalui kaedah e-learning, pembelajaran berdasarkan projek serta pembelajaran dalam kumpulan.

 
Beliau berkata demikian ketika hadir menyampaikan intellectual discourse bertemakan Innovative 21st Learners: Empowering Through Pedagogical Exchange sempena Junior English Innovation Lab 2016 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gemencheh.
 
Junior English Innovation Lab 2016 merupakan persidangan khas anjuran MRSM Gemencheh dengan kerjasama Unit Penyelidikan & Inovasi MARA yang bertujuanmengupayakan nilai kreativiti pelajar untuk menghasilkan kaedah pembelajaran yang inovatif serta membina Bahan Bantu Belajar yang menyeronokkan selari dengan elemen ke enam (6) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu mencipta sesuatu yang baru.
 
Persidangan yang julung kali diadakan bermula 11 hingga 13 Ogos 2016  disertai oleh 250 pelajar dari MRSM Zon Selatan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi serta Sekolah Harian sekitar Negeri Sembilan.
Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.