MARA tanggung kos rawatan Mohd Shahar hingga pulih

ISMAIL (dua dari kiri) meluangkan masa melawat Mohamad Sahar di Wad Neurologi HUKM, Bandar Tun Razak, hari ini. - Foto Ghazali Kori

ISMAIL (dua dari kiri) meluangkan masa melawat Mohamad Sahar di Wad Neurologi HUKM, Bandar Tun Razak, hari ini. – Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menanggung segala kos, termasuk rawatan susulan Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Shahar Mhd Noor yang menghidap angin ahmar sehingga pulih.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata MARA sudah menghantar surat jaminan dan deposit sebanyak 30,000 pound (RM150,000) kepada Hospital Charing Cross di Barat Daya, London.

“Jika jumlah sumbangan yang diterima oleh keluarga Mohamad Shahar untuk bayaran di London tidak mencukupi kita akan tampung segala kekurangannya,” katanya selepas melawat Mohamad Shahar di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) hari ini.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/181795

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.