Kolej Poly-Tech MARA hargai pelajar aktif

SEMUA penerima anugerah bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

SEMUA penerima anugerah bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ibu Pejabatnya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar 2015 di Dewan Besar KPTM, kampus cawangan Bangi, baru-baru ini.

Majlis bertujuan menghargai sumbangan pelajar khususnya dalam kegiatan sukan dan kokurikulum sepanjang tahun lalu, selain memberi penghargaan kepada pengurusan asrama kolej yang menguruskan kediaman untuk keselesaan pelajar.

Pengerusi KPTM Ahmad Nazlan Idris berkata, pembabitan dalam sukan dan kokurikulum elemen yang ditekankan KPTM selain akademik.

“Selepas penat belajar, aktiviti sukan dan kokurikulum boleh dijadikan wadah untuk mereka melepaskan tekanan selain memupuk nilai positif dalam pembinaan jati diri.

“Inilah penekanan yang dilaksanakan KPTM dalam usaha melahirkan pelajar bukan saja cemerlang dalam akademik, malah merangkumi semua aspek diperlukan generasi alaf baru,” katanya.

Sebanyak 16 kategori anugerah dipertandingkan termasuk inovasi dan reka cipta, keusahawanan serta kesukarelawanan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/157415

 

 

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.