REBUT PELUANG JADI USAHAWAN FABRIK

oleh Anuar Wahidi Abd Wahab
media@mara.gov.my

Print

Para belia disaran untuk merebut peluang menjadi usahawan fabrik melalui penawaran pengajian di Institut Kemahiran MARA (IKM).

Permohonan kemasukan IKM Alor Setar, Kedah bagi kursus Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pengeluaran Fabrik telah pun dibuka sehingga 29 Ogos 2016 dengan menawarkan pengajian secara fleksibel/modular selama dua tahun dalam bidang fesyen/tekstil/rekabentuk grafik.

Menariknya, latihan yang diberi adalah mengikut konsep pembelajaran berteraskan amali (80%) dan teori (20%) serta pendedahan kepada dunia sebenar perniagaan.

Bagi menjamin keselesaan pelajar, pelbagai kemudahan disediakan seperti makmal latihan, peralatan dan mesin terkini serta penginapan asrama, malah Bantuan Elaun Sara Hidup juga diberi setiap bulan.

Pelajar juga akan didedahkan dengan dunia sebenar keusahawanan melalui bantuan pendaftaran syarikat dan latihan pemasaran serta dibimbing oleh moderator usahawan yang dilantik oleh IKM.

Untuk mendaftar, sila lengkapkan borang permohonan tertera dan hantarkan ke IKM Alor Setar, Kedah sebelum 29 Ogos 2016.

Borang Permohonan Kemasukan IKM Alor Setar

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.