TUISYEN RAKYAT DI SETIAP PARLIMEN

IMG-20160804-WA0030

oleh Ahmad Soffian Mohd Shariff

SEPANG, 4 Ogos – Program Tuisyen Rakyat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) akan diperluaskan ke setiap parlimen di Malaysia pada masa akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Abdul Karim Mustaffa, perkara ini sememangnya menjadi hasrat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob yang mahukan lebih ramai pelajar luar bandar dan dari keluarga luar bandar berpendapatan rendah berjaya mendapat kecemerlangan akademik melalui program ini.

“Tuisyen Rakyat merupakan program di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dilaksanakan untuk membantu golongan pelajar kurang berkemampuan bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada pelajaran,” katanya.

Yayasan Pelajaran MARA merupakan antara subsidiari di bawah MARA yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Tuisyen Rakyat ini dengan melibatkan guru pakar daripada Maktab Rendah Sains MARA dan juga Sekolah Berprestasi Tinggi.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui semasa Program Tuisyen Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda di sini hari ini.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.