Negeri Sembilan sedia bantu Mohamad Sahar – MB

MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kakitangan Awam di Wisma Negeri, Seremban, hari ini. - Foto BERNAMA

MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kakitangan Awam di Wisma Negeri, Seremban, hari ini. – Foto BERNAMA

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan, kerajaan negeri bersedia memberi apa sahaja bantuan diperlukan keluarga Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mohd Noor.

Katanya, walaupun MARA bersetuju menghulurkan bantuan kepada Mohamad Sahar, 57, yang kini dirawat di London, kerajaan negeri juga sedia membantu.

“Jika bantuan MARA tidak mencukupi, kerajaan negeri sedia menanggung apa sahaja kos diperlukan. Bantuan ini atas dasar kemanusiaan kerana kita faham masalah dihadapi keluarganya sehingga perlu merayu bantuan orang ramai untuk membayar bil hospital yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kakitangan Awam di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Mohamad Sahar diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Atikah, 27, yang menamatkan pengajian peringkat sarjana di Brunel University.

Selepas hampir sebulan dirawat dan tiga minggu berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Charing Cross di barat London, bil rawatannya mencecah RM245,764 dan terus meningkat berikutan rawatan sehari yang bernilai RM10,685.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/179608

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.