MARA sasar usahawan perniagaan mobiliti

PENGARAH MARA Kelantan, Ismail Abdullah hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kolej Poly-Tech MARA di Lembah Sireh, Kota Bharu, hari ini. - Foto Faris Zainuldin

PENGARAH MARA Kelantan, Ismail Abdullah hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kolej Poly-Tech MARA di Lembah Sireh, Kota Bharu, hari ini. – Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: MARA Kelantan menyasar melahirkan usahawan baharu dalam bidang perniagaan mobiliti, cabang perniagaan baharu di negara ini yang menggunakan trak mini untuk menjual produk makanan atau barangan. Pengarahnya, Ismail Abdullah, berkata usahawan muda perlu memanfaatkan peluang perniagaan terutama yang berpotensi tinggi. “Perniagaan mobiliti tidak semestinya jual makanan dan minuman sahaja, tapi boleh dipelbagaikan seperti pakaian atau perkhidmatan seperti menjahit. Kami sudah mengesyorkan idea ini di beberapa kolej di bawah MARA dan menawarkan tiga skim pinjaman bagi siswa memulakan perniagaan. “Ia adalah Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan Institut Profesional MARA (SEMAI), Program Skim Bantuan Usahawan (PUTRA) dan Program Usahawan Teknikal (PUTEK) bagi mereka yang menjalani kursus kemahiran MARA.” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kolej Poly-Tech MARA di Lembah Sireh, di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Poly-Tech MARA, Nik Mohd Khairi Nik Mohd Zain. Ismail berkata, pihaknya juga komited untuk melahirkan graduan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan program khusus seperti latihan serta kemahiran berkaitan dalam bidang itu sudah dilaksanakan.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/179701

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.