BANTU PERLUAS PASARAN PRODUK PANTAI TIMUR

oleh Nur Lizziana Haszemi
media@mara.gov.my

image1 (11)

Timbalan Menteri KKLW, YB Datuk Alexander Nanta Linggi merasmikan program Fiesta Pantai Timur 2016 di Plaza Angsana, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU, 31 Julai – Sasaran jualan sebanyak RM 700,000 telah berjaya dicapai sempena penganjuran Fiesta Pantai Timur 2016 yang berlangsung dari 29-31 Julai di Plaza Angsana.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi, program yang dianjurkan secara bersama oleh MARA Kelantan, Terengganu dan Pahang ini bertujuan untuk memasar serta menyediakan platform rangkaian pemasaran produk keluaran pantai timur ke selatan tanahair, bahkan termasuk Singapura serta Indonesia.

“Seramai 60 usahawan meliputi kluster perniagaan iaitu wellness, lifestyle dan F&B telah terlibat dalam fiesta ini yang mana kita turut berjaya memadankan perniagaan (business matching) mereka dengan Dewan Perniagaan Melayu Singapura, Majlis Pusat Singapura, Delegasi Indonesia, Johor Mart serta Pasaraya Maslee yang mempunyai 12 rangkaian pasaraya di seluruh Johor” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Fiesta Pantai Timur 2016 di sini hari ini yang turut dihadiri Datuk Mohd Rosdi Ismail, Penasihat Tugas-tugas Khas MARA serta Pengarah-Pengarah MARA Negeri terlibat.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.