‘Ayah belum boleh pulang’

MOHAMAD Adhwa sebak ketika memberitahu perkembangan bapanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapa saudaranya, semalam.

MOHAMAD Adhwa sebak ketika memberitahu perkembangan bapanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapa saudaranya, semalam.

Kuala Pilah: “Bergantung kepada keadaan kesihatan ayah. Jika tidak mengizinkan, kemungkinan ayah terpaksa ditahan di wad lagi kerana perjalanan memakan masa yang panjang,” kata Mohamad Adhwa Mohamad Sahar, 32.

Dia mengulas keadaan bapanya yang terlantar di Hospital Charing Cross di barat London selepas diserang angin ahmar.

Meskipun Pembantu Tadbir Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Negeri Sembilan itu, Mohamad Sahar Mohd Noor, 57, dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia, namun ia perlu dilihat kepada tahap kesihatannya.

Mohamad Adhwa yang juga anak sulung kepada Mohamad Sahar berkata, mengikut perancangan ayahnya dijangka dibawa pulang ke tanah air pada 6 Ogos ini dan tiba keesokannya.

“Bagaimanapun, doktor yang merawat ayah memaklumkan ia tertakluk kepada kesihatannya. Jika keadaan masih tidak mengizinkan, ayah tidak dapat dibawa pulang dan perlu menunggu masa sesuai,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya, di Taman Desa Melang Fasa 2, di sini, semalam.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/155681

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.