MARA Pantau Perkembangan Kesihatan Mohamad Sahar

 

13646848_10206946122911658_857761956_o

Azhar (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan warga kerja KKTM Rembau dan MARA Negeri Sembilan kepada Mohd Adhwa

Kuala Pilah, 31 Julai – Keadaan Mohamad Sahar Mhd Noor akan dipantau dari semasa ke semasa melalui Pengarah MARA United Kingdom. Menurut Timbalan Ketua Pengarah MARA, Azhar Abdul Manaf selain pendahuluan £30,000 yang disalurkan bagi membiayai kos rawatan Mohamad Sahar, MARA akan turut melihat bantuan-bantuan lain termasuk apabila beliau di bawa balik ke Malaysia kelak.

Beliau berkata demikian semasa melawat Mohd Adhwa, anak sulung Mohamad Sahar di sini hari ini. Menurut Mohd Adhwa, bapanya kini semakin beransur pulih dan menunjukkan perkembangan yang positif. “Jika kesihatan bapa kekal positif dan bertambah baik, beliau boleh di bawa pulang selewat-lewatnya 8 Ogos ini,” katanya.

Turut hadir ke lawatan ini adalah YB Dato’ Norhayati Omar, Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang turut menzahirkan rasa simpati atas musibah yang melanda Mohamad Sahar.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.