MARA Prihatin Keadaan Mohamad Sahar Di London

SAHAR

Kuala Lumpur, 30 Julai 2016 – Sebanyak £30,000 (RM160,281.47) telah didahulukan oleh MARA bagi membolehkan Mohamad Sahar Mhd Noor mendapatkan rawatan di Charing Cross Hospital, barat London.Beliau yang merupakan Pembantu Tadbir Kanan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 4 Julai yang lalu bagi menghadiri majlis graduasi anaknya.

Menurut maklumat daripada Pengarah MARA United Kingdom, Ahmad Izlan Idris, Mohamad Sahar masih berada dalam keadaan koma tetapi tidak kritikal yang mana pihak hospital akan memberi pelepasan seawal 1 Ogos bagi membolehkan beliau dibawa balik ke Malaysia.

Pihak MARA bersama keluarga beliau kini sedang berusaha mendapatkan kelulusan penerbangan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

MARA mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan kepada Mohamad Sahar sejak berita mengenai kesulitan yang dihadapi oleh beliau tersebar.

Prihatin terhadap kebajikan warga kerjanya, MARA akan melihat segala bantuan yang diperlukan Mohamad Sahar sehingga beliau selamat kembali Malaysia malah turut melancarkan kutipan derma daripada kakitangannya yang mana kutipan sumbangan tersebut masih diteruskan sehingga hari ini.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.