TUN ABDUL RAZAK PEMIMPIN BESAR LUAR BIASA

13775516_10154501168796282_5111808237690192832_n

PUTRAJAYA, 28 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) menganjurkan Seminar Pemikiran Tun Abdul Razak yang bertujuan menyelami sifat-sifat keperibadian, gaya kepimpinan dan model pembangunan yang ditonjolkan serta merungkai sumbangan Tun Abdul Razak selaku tokoh pembangunan negara.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Tun Abdul Razak merupakan cerminan seorang pemimpin besar yang luar biasa melalui cara dan pendekatan berbeza sehingga menjadi tonggak kekuatan sebuah negara serta idola bangsanya malah ketokohannya disegani oleh kawan dan  lawan.

 

“Beliau juga merupakan pemimpin yang sentiasa berfikiran positif dan memandang jauh ke hadapan seperti memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merupakan program kejuruteraan sosial paling ambitious pernah dilaksanakan oleh mana-mana negara di dunia bagi menangani masalah ketidaksamarataan penguasaan ekonomi di antara kaum,” ujarnya sewaktu merasmikan seminar itu.

 

Seminar yang berlangsung selama satu hari ini turut membentangkan beberapa kertas kerja berkaitan pembangunan sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi Bumiputera serta pemikiran politik dan pembinaan negara bangsa Malaysia.

 

Antara  pembentang kertas kerja adalah terdiri daripada ahli akademik seperti YBhg. Prof Tan Sri Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad serta aktivis masyarakat iaitu En Kamarazaman Yacob.

 

 

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.