Kerja sama galak kitar semula

AFANDI (lima kanan) bersama Pengarah MARA Negeri Kelantan, Ismail Abdullah (lima kiri) merasmikan Program Kitar Semula (3R), Pengasingan Sisa dan Pengurusan Sisa Industri. FOTO Faris Zainuldin

AFANDI (lima kanan) bersama Pengarah MARA Negeri Kelantan, Ismail Abdullah (lima kiri) merasmikan Program Kitar Semula (3R), Pengasingan Sisa dan Pengurusan Sisa Industri. FOTO Faris Zainuldin

Kota Bharu: SWCorp Kelantan julung kalinya mengadakan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi memberi kesedaran kepentingan mengitar semula bahan terbuang kepada pengusaha industri di negeri ini.

Pengarah SWCorp Kelantan Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, ia selaras dengan Promosi Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca mengikut Akta 672.

PEMBANTU Penguatkuasa SW Corp, Nik Mohd Shafiq Che Deraman (kiri), Noor Ain Saari dan Mohd Shaziemi Mohd Zalani menunjukkan tiga jenis barangan bahan terbuang yang perlu diasingkan. FOTO Faris Zainuldin

Katanya, peratusan kadar kitar semula di negara ini masih rendah iaitu sebanyak 15 peratus dan jangkaan sebanyak 22 peratus menjelang 2020.

“Taklimat khusus diadakan kepada semua pengusaha industri Mara di Kelantan dalam memastikan amalan kitar semula dan pengurusan sisa industri seperti kotak, plastik dan sebagainya dapat diuruskan dengan baik demi kelestarian alam sekitar.

“Selain itu, kita juga bekerjasama dengan pihak MARA menjalankan kempen ini di lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kelantan,” katanya selepas Program Kitar Semula (3R), Pengasingan Sisa Di Punca dan Pengurusan Sisa Industri anjuran Bersama Mara Kelantan di sini, hari ini.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.