MARA Digital bukti penguasaan peniaga bumiputera – Ismail Sabri

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memegang kad keahlian MARA Digital yang pertama selepas ketika selepas Merasmikan MARA Digital Anggerik Mall, turut hadir Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa di Shah Alam, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 JULAI 2016

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memegang kad keahlian MARA Digital yang pertama selepas ketika selepas Merasmikan MARA Digital Anggerik Mall, turut hadir Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa di Shah Alam, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 JULAI 2016

Pembukaan MARA Digital yang dahulu dianggap hanya mampu bertahan tiga bulan bukan sahaja berjaya disangkal tetapi hari ini satu lagi cawangannya dirasmikan hari ini.

MARA Digital di Anggerik Mall di Shah Alam dirasmikan sendiri oleh individu yang mencetuskan idea tersebut iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, pandangan skeptikal sesetengah pihak pada awal MARA Digital dibuka di Bangunan Majlis Amanah Rakyat di Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

“MARA Digital yang diwujudkan (Kuala Lumpur) berjaya mencapai sasarannya dan kini mencatatkan jualan mencecah nilai RM10 juta. Dulu ada orang skeptikal kata MARA Digital tidak akan berjaya dalam masa tiga bulan tetapi kini mencatatkan kejayaan besar sehingga mewujudkan pengedar bumiputera dalam produk IT,” ujarnya semasa merasmikan MARA Digital@Anggerik Mall di sini petang tadi.

Menurut Ismail Sabri, jika dahulu bumiputera dilihat ketinggalan dalam perniagaan gajet, telefon pintar dan IT tetapi kini tidak lagi.

Malah MARA Digital kini mendapat kepercayaan syarikat telefon pintar terkenal dan syarikat-syarikat telco untuk membuka kaunter masing-masing.

Malah, dalam sidang media selepas itu, beliau berkata, satu lagi cawangan baharu MARA Digital akan dibuka di Lembah Klang dalam masa terdekat iaitu di Glomac Mall berhampiran Tropicana Petaling Jaya.

Ia akan dibuka sebaik sahaja jumlah peniaga mencapai 60 peratus, katanya.

“Malah Terengganu ada menjemput kita membuka MARA Digital di kawasan Paya Gunung selain Melaka dan mungkin beberapa negeri-negeri lain lagi,” ujarnya sambil menambah ia dalam proses perbincangan dan tidak menolak kemungkinan akan dibuka sebelum hari raya Aidilfitri pada tahun depan.

“Memang kalau boleh kita hendak cepat (cawangan MARA Digital) tetapi kita tengah tengok daripada pelbagai aspek seperti lokasi, harga, trafik dan sebagainya,” jelasnya.

Bagi menjamin produk IT dan gajet yang asli, Ismail Sabri berkata, pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Pemandu MARA Digital yang turut dianggotai oleh wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi.

Seperti MARA Digital di ibu kota, katanya, peniaga di Anggerik Mall juga diberi enam bulan sewa percuma yang disubsidi oleh MARA bagi memastikan pihaknya dapat mengurangkan beban kepada peniaga.

“Pembukaan MARA Digital di sini juga dapat membantu menyemarakkan kehadiran orang ramai ke Anggerik Mall yang dahulu kurang mendapat sambutan,” katanya.–MalaysiaGazette

Sumber : http://malaysiagazette.com/ms/nasional/mara-digital-bukti-penguasaan-peniaga-bumiputera-ismail-sabri

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.