MARA Digital catat jualan mencecah RM10 juta

MARA Digital menerima sambutan yang amat mengalakkan dengan mencatat penjualan produk dan perkhidmatan mencecah RM10 juta.

MARA Digital menerima sambutan yang amat mengalakkan dengan mencatat penjualan produk dan perkhidmatan mencecah RM10 juta. -Foto Media MARA-

SHAH ALAM: Sejak mula beroperasi pada 8 Disember 2015 lalu, MARA Digital menerima sambutan yang amat mengalakkan dengan mencatat penjualan produk dan perkhidmatan mencecah RM10 juta.

MARA Digital yang terletak di Menara MARA Kuala Lumpur kini menempatkan 38 usahawan bumiputera yang menawarkan perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT).

Inisiatif ini dimulakan pada tahun lalu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mengalakkan penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang teknologi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pencapaian inisiatif MARA ini sewaktu pelancaran ruang niaga MARA Digital kedua di Anggerik Mall, Shah Alam, pada Khamis.

“Sewaktu MARA Digital baru bermula, ramai yang tidak yakin dengan kita. Malah, ada yang berkata bahawa kita hanya akan mampu bertahan selama tiga bulan,” katanya.

Sejumlah 32 usahawan bumiputera sudah mula menawarkan perkhidmatan ICT di Anggerik Mall sejak dua minggu lalu.

Selaras dengan konsep ruangan perkhidmatan dan produk ICT yang tulen dengan harga berpatutan, MARA bakal mewujudkan MARA Digital di setiap negeri bekerjasama dengan pelbagai pihak.

“MARA sedang berbincang dengan pihak premis di Terengganu. Malah kerajaan negeri Melaka dan Johor telah menawarkan cadangan kerjasama,” katanya.
Tambah baliau, MARA terus berusaha mengkaji dan meneliti setiap cadangan yang diterima bagi memastikan lokasi yang dicadangkan adalah bersesuaian.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/mara-digital-catat-jualan-mencecah-rm10-juta-111649

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.