KKLW lancar pusat pembelajaran bergerak

ISMAIL Sabri Yaakob menurunkan tandatangan ke plak perasmian bangunan baharu disamping Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa (kanan) selepas perasmian bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School yang baharu di Jalan Persiaran Gurney, hari ini. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHAMMED NOOR

ISMAIL Sabri Yaakob menurunkan tandatangan ke plak perasmian bangunan baharu disamping Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa (kanan) selepas perasmian bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School yang baharu di Jalan Persiaran Gurney, hari ini. – UTUSAN/NOORADZRENE MOHAMMED NOOR

KUALA LUMPUR 19 Julai – Seiring perubahan masa dan kemajuan teknologi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melancarkan Pusat Pembelajaran Bergerak untuk meningkatkan lagi pembangunan komuniti desa.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat ini dikendalikan sepenuhnya oleh Institut Kemajuan Desa (Infra) untuk golongan sasar seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), belia, usahawan kecil, mangsa bencana serta pelanggan berpotensi KKLW.

Katanya, pusat pembelajaran ini bukan sahaja berperanan sebagai pusat pembelajaran tetapi berfungsi sebagai pusat pameran, khidmat pelanggan, kempen berkaitan kepentingan rakyat.

Selain itu, katanya, pusat berkenaan boleh menjadi platform kerajaan untuk mendampingi komuniti desa.

“Kita ingin menjadikan pengurusan di peringkat kampung atau JKKK ini lebih profesional. Satu daripada aspek yang ingin diberi penekanan adalah pengurusan kewangan.

“Melalui pusat pembelajaran ini, JKKK tidak perlu datang jauh ke Infra, sebaliknya Infra boleh datang ke kampung masing-masing untuk memberi latihan dan bimbingan,” katanya sewaktu menghadiri majlis pelancaran Pusat Pembelajaran Bergerak dan Rumah Terbuka Aidilfitri Infra di Bangi, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Infra, Datuk Rubiyah Abd. Rahman serta Presiden Persatuan Ketua-Ketua Kampung Kebangsaan Se-Malaysia, Mohamad Shahaimi Othman.

Pusat Pembelajaran Bergerak merupakan unit latihan bergerak menggunakan bas yang diubah suai dan dilengkapi dengan kemudahan latihan sebagai satu daripada kaedah mempelbagaikan pendekatan latihan serta meningkatkan capaian latihan kepada kumpulan sasaran di luar bandar. – UTUSAN ONLINE

– Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kklw-lancar-pusat-pembelajaran-bergerak-1.355399

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.