YPM akan luas taja Pengajian Tinggi Malaysia Jepun

PENGERUSI Kelab Naib Bahagian 1Malaysia, Datuk Muhamad Anuar Md Yunus bersama Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa beramah mesra dengan orang ramai pada persidangan agung tahunan UMNO Cawangan Kampung Kubang di Bandar Baru Nilai, hari ini. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan

PENGERUSI Kelab Naib Bahagian 1Malaysia, Datuk Muhamad Anuar Md Yunus bersama Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa beramah mesra dengan orang ramai pada persidangan agung tahunan UMNO Cawangan Kampung Kubang di Bandar Baru Nilai, hari ini. – Foto Khairul Najib Asarulah Khan

BANDAR BARU NILAI: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan memperluaskan bidang pengajian yang ditaja melalui Program Pengajian Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP).

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa, berkata pihaknya hanya menaja pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan sahaja sejak program itu dimulakan pada 2011.

Katanya, kajian mendapati permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang lain turut meningkat ketika ini dan pihaknya mempertimbangkan untuk membuat perubahan dengan menambah kursus selain kejuruteraan.

“Buat masa ini, antara bidang yang dikenal pasti adalah berkaitan maritim dan automotif. Kita yakin penawaran pelbagai bidang akan memberi penuntut lebih banyak pilihan, seterusnya melahirkan lebih ramai graduan mahir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan agung tahunan UMNO Cawangan Kampung Kubang di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Kelab Naib Bahagian 1Malaysia, Datuk Muhamad Anuar Md Yunus, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, permohonan baharu MJHEP akan dibuka pada tahun 2018 dengan pengambilan seramai 150 pelajar.

“Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih akan belajar di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor, selama tiga tahun sebelum dihantar ke Jepun bagi meneruskan pengajian di sana selama dua tahun.

“Alhamdulillah, semua graduan bidang kejuruteraan mendapat kerja yang baik selepas tamat pengajian,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/149331

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.