UniKL Sasar Lahirkan 1,000 Usahawan Setahun Melalui Genesis

13775864_946812545446235_854192712946572633_n

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyasar melahirkan 1,000 usahawan muda setahun di bawah program ‘Genesis’ yang bermula sejak September tahun lepas.

Pro-Canselornya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan program holistik dan bersepadu bagi melahirkan teknousahawan dalam kalangan pelajar UniKL Business School.

“Pelajar yang mengikuti program Genesis ini digalak membangunkan pelan perniagaan sendiri di akhir semester dan jika layak mereka akan dibantu di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan (SEMAi) bernilai RM50,000 seorang,” katanya ketika berucap merasmikan UniKL Business School@Gurney dan sambutan Hari Raya Majlis Amanah Rakyat 2016 di sini hari ini.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1264093

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.