MARA sasar lahir 2 juta usahawan menjelang 2066

raya

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai dua juta usahawan dalam tempoh 50 tahun lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tidak mustahil dicapai memandangkan Mara kini telah melahirkan seramai satu juta usahawan sejak penubuhannya pada tahun 1966.

“Mara mempunyai pelbagai program untuk menggalakkan rakyat di negara ini menceburi bidang perniagaan keusahawanan dan ia berterusan sehingga ke hari ini.

“Bersesuaian dengan sambutan ulang tahun ke-50 MARA tahun ini kita meletakkan sasaran untuk menggandakan angka tersebut kepada dua juta ushawan menjelang tahun 2066,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian UniKL Business School dan Sambutan Hari Raya MARA 2016 di sini hari ini. – K! ONLINE

Sumber Artikel : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz4Ek5Q7vqj

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.