351 pelajar mendaftar masuk KUPTM Kuala Lumpur

kuptm

KUALA LUMPUR: Seramai 351 pelajar mendaftar masuk di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur hari ini bagi sesi pengambilan Julai 2016. Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Ahmad Nazlan Idris, berkata bagi sesi kemasukan kali ini, KUPTM turut menawarkan dua program profesional iaitu Sijil Profesional Program Perakaunan (CAT-ACCA) dan Persatuan Akauntan Berkanun (ACCA). “KUPTM Kuala Lumpur turut mengambil pelajar baharu dalam empat pengkhususan iaitu Diploma Perakaunan dan Kewangan, Diploma Komunikasi Korporat, Diploma Sains Komputer dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua/TESL).

“Kita menyasarkan kira-kira 200 pelajar yang mendaftar untuk sesi pengambilan pada Julai ini dan kita berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui BH, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Naib Canselor KUPTM Kuala Lumpur, Prof Dr Abdul Razak Ibrahim. Maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan serta permohonan atas talian, orang ramai boleh boleh melayari laman web http://www.kptm.edu.my atau boleh berhubung melalui emel marketingkl@gapps.kptm.edu.my.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/173567

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.